Wednesday, May 21, 2014

ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!




Anemia adalah antara penyakit biasa semasa mengandung. Bagi yang tak tau, Anemia adalah penyakit kekurangan zat besi. Kat sini saya nak fokuskan anemia semasa mengandung.

Sebelum hamil, badan kita perlu mengambil 15 mg zat besi sehari . Semasa hamil, 30 mg zat besi diperlukan. Zat besi ni digunakan untuk menjana hemoglobin (sel darah merah) yang mencukupi untuk kita dan kandungan. Hemoglobin ni pulak kerjanya mengangkut Oksigen dalam darah. Kalau tak cukup bekalan Oksigen dalam darah, ibu-ibu yang hamil ni akan dapat Anemia. Bila hamil kita akan buat pemeriksaan darah secara berkala. Pemeriksaan ini akan menentukan tahap hemoglobin dalam badan kita. Anda adalah penghidap Anemia jika tahap hemoglobin (HB) anda kurang dari 11.0gm/dl.

KESAN ANEMIA SEMASA HAMIL



Apabila oksigen tidak cukup didalam badan, badan akan jadi penat dan mudah mengantuk. Hingga ke tahap yang serius terdapat ibu hamil yang kerap pitam akibat kekurangan zat besi. Selain itu terdapat juga risiko uri lekat dan kelahiran bayi pra matang. Boleh  refer jadual kat atas tu, tinggi sangat kelahiran bayi pramatang di kalangan ibu yang menghidap Anemia.

BAGAIMANA ANEMIA SEMASA MENGANDUNG BOLEH TERJADI????

-Ibu mengamalkan diet rendah zat besi
-Ibu yang jarak kehamilannya rapat berisiko tinggi.
-Ibu yang mengandungkan kembar.
-Thalassaemia Alfa atau Thalassaemia Beta (KLIK SINI untuk baca lebih lanjut)

Anda nak tahu tips-tips untuk tambah HB? Saya dulu adalah salah seorang penghidap Anemia semasa hamil..boleh KLIK SINI untuk PETUA TAMBAH HB SEMASA MENGANDUNG.

Saya nak cadangkan juga anda cuba SET KEHAMILAN SHAKLEE. Ramai yang puas hati dengan kesannya. HB pun cantikkk :-)Kene cubala baru tau :-)

Boleh dapatkan dari saya.Saya akan consult anda secara percuma.Ni memang penting untuk keberkesan pengambilan produk.

Pengedar Sah Shaklee Kuantan
SMS/CALL/WHATSAPP 0176937404
fb : Juliana Matsah

No comments:

Post a Comment